Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Akiss..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox,

Tagboard!


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Akiss
Help: ➊ ➋ ➌
Berfikir Tentang Keesaan Allah...
Thursday 15 November 2012 | 22:19 | 0 comments

 Walaupun manusia tidak mengetahui sifat-sifat Allah kecuali melalui wahyu, namun kita masih mampu memikirkannya secara logik akal...

 Perkara paling utama yang boleh difikirkan adalah mengenai siat sifat esa Allah. Al-Quran tidak hanya membicarakan bukti-bukti kewujudan Allah, namun menuntut kita berfikir tentang keesaan-NYA...

 Esa bermaksud tidak ada yang selayak dengan Allah, sama ada dari sudut kekuasaan, penciptaan, hak milik dan sifat-sifat-NYA yang sempurna. Allah menyatakan:

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya... -Surah Al-Anbiya' : 22

 Al-Quran menyebutkan lagi:

ALLAH membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki (hamba) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang dalam perselisihan dan seorang hamba yang menjadi milik penuh daripada seorang lelaki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui... -Surah Az-Zumar: 29

 Secara logik, andai terdapat lebih daripada satu TUHAN, pastilah akan terjadi seperti perkara berikut:


  • Maka masig masing-masing akan bertelingkah bagi membutkikan membuktikan kekuasaan mereka...
  • Jika mereka bersatu hati dalam mencipta sesuatu, ini membuktikan bahawa tuhan tiada keupayaan dan terpaksa bekerjasama...
  • Jika salah satu daripada tuhan mencipta sesuatu dan tuhan yang lain mencipta sesuatu yang lain, maka ini membuktikan tuhan satu tidak sempurna kerana tidak berupaya mencipta apa yang diciptakan oleh tuhan dua. Begitu juga dengan tuhan dua kerana tidak berupaya menciptakan apa yang dicipta oleh tuhan satu...
  • Jika tuhan dua mencipta apa yang telah dicpitakan oleh tuhan satu, maka tuhan telah mencipta perkara yang sia-sia. Padahal tuhan bersifat dengan sempurna dan tiada tandingan dengannya...


| Newer Post